Darjah 5, tahun 2001, bukanlah aku jenis budak yang
mengetuai, walaupun hanya 3 orang dalam kumpulan sekawan. Jika ke kantin, ke
tandas, ke surau, aku hanya jadi pengikut. Tamat suatu waktu, balik kelas
seperti biasa, itu pun ikut orang juga. Mungkin hampir seluruh kehidupanku
waktu sekolah rendah begitu. Hari demi hari, sama sahaja.
Namun ada satu
ketika selepas rehat, sebelum loceng berbunyi, aku tersedar bilamana aku
berjalan, mereka pula yang ikut kemana aku berjalan, aku berhenti mereka pun
turut berhenti. Pada asalnya aku yg ikut mereka, mungkin pada waktu itu aku yang
berjalan paling hadapan, jadi mereka pun ikut sahaja aku ke mana-mana sahaja
arahku tanpa tujuan. Akhirnya, aku tolak salah seorang daripada mereka, sama
ada aku kata "kau lah jalan dulu," atau "janganlah ikut
aku," dengan tersenyum sedikit, mungkin sebab rasa malu orang lain ikut.
Entah bila aku
sedar, mungkin 10 tahun kemudian, peristiwa itu membuatkan aku berfikir sedalam-dalamnya
yang betapalah dahulu aku selalu bergerak tanpa matlamat. Betapa kurangnya aku
berdikari di atas kakiku sendiri, kemana orang pergi, aku ikut, kemana orang
berhenti, aku berhenti. Walaupun mereka juga bukan jenis yang mengetuai. Berapa
banyak masa yang sudah aku habiskan begitu sahaja. Sangat lemah aku dalam buat
keputusan haluanku sendiri.
Dari situ aku
lebih prihatin akan haluan hidup. Aku adalah aku, aku yang mengawal siapa aku
pada akhirnya. Ada nasihat, aku yang tentukan untuk dijadikan panduan dalam
hidupku atau tidak. Esok lusa, siapa aku, sepatutnya hari ini kau sudah tahu.
Kerana kau yang tentukan pilihanmu itu sendiri.
Faiz Kamal
4:06 petang
6 Rabi’ al-Awwal 1435 – 7 Januari 2014
Taman Greenwood, Gombak
Taman Greenwood, Gombak
Selangor.
No comments:
Post a Comment