Friday, 1 November 2013

Suatu Peraturan

Sebilangan manusia walaupun tidak mempunyai suatu peraturan hidup yang mutlak, atau paling kurang, tidak menjadikannya sebagai praktikal dalam kehidupan, mereka berusaha mencipta atau secara alternatifnya mencipta peraturan-peraturan baru yang sesuai dengan kehidupan seharian untuk dijadikan panduan hidup supaya kehidupan seharian mereka aman sentiasa. Malah setelah terciptanya suatu peraturan, peraturan itu dipraktikkan bersungguh-sungguh. Kerana itu mereka maju.

Terpesona dengan tindakan pihak Monsters University di dalam filem animasi Monsters University, membuang dua sahabat; Mike Wazowski dan James P. Sullivan daripada pengajian. Walaupun jika diamati, kesalahan yang mereka lakukan itu boleh dibudi bicara supaya pengajian mereka dapat diteruskan - sekiranya kesalahan itu berlaku di sebahagian tempat di Malaysia, juga mengikut suasana semasa masyarakat di Malaysia. Namun, apabila sudah termaktub suatu peraturan, tiada guna peraturan itu jika tidak dilaksanakan, semakin ramailah orang yang akan melakukan kesalahan.

Berbeza dengan kehidupan komuniti Muslim masa kini khususnya di dunia Melayu Islam, walaupun telah disediakan peraturan-peraturan yang mutlak, yang diwahyukan melalui al-Quran dan al-Hadith sebagai panduan hidup untuk selama-lamanya, betapa ramai yang tidak menturuti, mengikuti, dan mentaatinya. Ah, apatah lagi peraturan-peraturan ciptaan manusia, hanya diletakkan ditepi, dipandang hanya di sudut sisi, digunakan hanya sipi-sipi. Kerana itu, seolah-olah tiada kemajuan yang terbina, namun kemunduran yang tercipta. Dari sudut mana, terpulang kepada pembaca.


Mike Wazowski dan James P. Sullivan



Faiz Kamal
5:50 pagi
28 Dzulhijjah 1434 - 2 November 2013
Bandar Tun Hussein Onn, Cheras 
Selangor.

No comments:

Post a Comment