Sebilangan manusia walaupun tidak mempunyai suatu peraturan hidup yang mutlak,
atau paling kurang, tidak menjadikannya sebagai praktikal dalam kehidupan,
mereka berusaha mencipta atau secara alternatifnya mencipta peraturan-peraturan baru yang sesuai dengan kehidupan seharian untuk dijadikan panduan hidup supaya
kehidupan seharian mereka aman sentiasa. Malah setelah terciptanya suatu
peraturan, peraturan itu dipraktikkan bersungguh-sungguh. Kerana itu mereka
maju.
Terpesona dengan tindakan pihak Monsters University di
dalam filem animasi Monsters University, membuang dua sahabat; Mike Wazowski
dan James P. Sullivan daripada pengajian. Walaupun jika diamati, kesalahan yang
mereka lakukan itu boleh dibudi bicara supaya pengajian mereka dapat diteruskan
- sekiranya kesalahan itu berlaku di sebahagian tempat di Malaysia, juga
mengikut suasana semasa masyarakat di Malaysia. Namun, apabila sudah termaktub
suatu peraturan, tiada guna peraturan itu jika tidak dilaksanakan, semakin
ramailah orang yang akan melakukan kesalahan.
Berbeza dengan kehidupan komuniti Muslim masa kini
khususnya di dunia Melayu Islam, walaupun telah disediakan peraturan-peraturan
yang mutlak, yang diwahyukan melalui al-Quran dan al-Hadith sebagai panduan
hidup untuk selama-lamanya, betapa ramai yang tidak menturuti, mengikuti, dan mentaatinya.
Ah, apatah lagi peraturan-peraturan ciptaan manusia, hanya diletakkan ditepi,
dipandang hanya di sudut sisi, digunakan hanya sipi-sipi. Kerana itu,
seolah-olah tiada kemajuan yang terbina, namun kemunduran yang tercipta. Dari
sudut mana, terpulang kepada pembaca.
Mike Wazowski dan James P. Sullivan
Faiz Kamal
5:50 pagi
28 Dzulhijjah
1434 - 2 November 2013
Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
Selangor.
.jpg)